in

Rancangan Lagenda ‘Istana Takeshi’ Bakal Kembali Dengan Musim Terbaharu

3it

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang masih ingat dengan rancangan gameshow dari Jepun, Istana Takeshi? Rancangan realiti television yang mencabar peserta dengan halangan pelik akan kembali bersiaran untuk musim terbaharu.

Screenshot 2023 07 23 at 3.36.47 PM

Menurut The Sun, rancangan itu akan bersiaran secara streaming bermula pada 30 Ogos ini. Walau bagaimanapun, musim terbaharu Istana Takeshi itu akan bersiaran di Prime Video dan hanya terhad kepada penonton di United Kingdom dan Ireland.


Screenshot 2023 07 23 at 3.36.38 PM

Untuk musim terbaharu ini, Istana Takeshi bakal menampilkan pelawak Romesh Ranganathan dan Tom Davis sebagai pengacara rancangan berkenaan.

Mengekalkan konsep yang sama, peserta-peserta akan bertarung untuk menuju dan menawan Istana Takeshi.

Seperti dalam musim-musim sebelumnya, para peserta terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan antaranya menumpaskan pengawal istana, makhluk-makhluk jahat dan cendawan gergasi.

Screenshot 2023 07 23 at 3.36.55 PM

Musim terbaharu Istana Takeshi yang bakal disiarkan oleh Prime Video itu merupakan reboot kepada Istana Takeshi versi Jepun yang diberi nafas baru. Untuk versi Jepun, Istana Takeshi diterbitkan oleh Japan Prime Video dan sudah pun menemui penonton sejak April lalu.

Screenshot 2023 07 23 at 3.37.04 PM

Walaupun reboot ini hanya ditawarkan kepada dua buah negara setakat ini, namun rata-rata peminat berharap Prime Video akan menawarkan rancangan berkenaan kepada semua pelanggan mereka di seluruh dunia.

Baca: “Terus masuk tv” – [VIDEO] Budak Ada Skill Putar Kerusi Guna Kaki Dapat Interview Dalam MHI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.