in

“Ramai wanita tak ambil berat” – Ini Dua Jenis Ketulan Pada Payudara, Tapi Bukan Kanser

collage 82

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai orang masih ambil mudah dengan masalah kesihatan lebih-lebih lagi kalau melibatkan bahagian badan yang private kerana segan.

Baru-baru ini, Doktor Samhan menerusi Twitter peribadinya telah kongsikan dua jenis ketulan bukan kanser yang boleh ditemui di payudara.


Kalau korang nak tahu, ada dua jenis ketulan bukan kanser boleh ditemui di payudara iaitu fibrosista dan fibroadenoma.

TOP BREAST

Jom ambil tahu apa perbezaan antara dua ketulan payudara bukan kanser ni:

Fibrosista

Fibrosista merupakan ketulan abnormal yang tidak bahaya berbetuk pepejal (solid) atau berupa sista (cyst) di mana ia mengandungi cecair.

Biasanya ketulan ini berlaku kepada wanita berusia 30 hingga 60 tahun dan boleh terasa sakit.

Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.”

Kalau korang nak tahu, biasanya ketulan ni akan sembuh sendiri dan tak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser.

Fibroadenoma

Manakala Fibroadenoma pula adalah ketulan licin pada payu dara yang terdiri daripada tisu berserat dan berkelenjar.

Ketulannya pula biasanya bersifat kenyal, licin dan bulat menyebabkan ia boleh bergerak di bawah kulit apabila diperiksa dan biasanya dipanggil sebagai “tetikus payudara”.

Fibroadenoma ini berlaku ekoran dipengaruhi hormon estrogen kerana ia kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pra-menopaus, hamil, wanita menopaus atau wanita yang mengambil terapi hormon gantian.

Ketulan ini juga tidak merbahaya dan jarang bertukar kepada kanser.

FbOsf0wakAEHoeL

Selain itu, Dr Samhan juga menasihatkan wanita untuk ambil berat dengan ketulan di payudara ini dan jangan segan untuk jumpa doktor dan dapatkan rawatan awal.

Menurutnya, walaupun 1 dalam 10 ketulan payudara adalah kanser, namun 10 dalam 100 orang wanita berisiko mendapatkan kanser payudara.

Oleh itu, wanita dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan payudara berkala selepas habis kitaran haid setiap bulan dengan mengikuti lima langkah ini:

1. Berdiri depan cermin dengan meluruskan bahu dan tangan di pinggang. Perhatikan saiz, bentuk dan warna payudara dalam keadaan normal.

2. Angkat tangan ke atas dan perhatikan perubahan yang sama.

3. Perhatikan sebarang cecair keluar dari salah satu daripada puting (ianya mungkin berbentuk air, cecair berwarna susu, cecair berwarna kuning atau darah).

4. Dalam keadaan baring, raba payudara dan celah ketiak untuk cari pembengkakkan dengan gerakan bulat.

5. Dalam keadaan berdiri atau duduk rasakan sebarang bengkak dalam gerakan bulat.

So korang semua jangan ambil mudah okay? Better cegah sebelum rawat.

 

Baca: Penyelidik Didakwa Berjaya Temui Ubat Kanser, 18 Pesakit Sembuh Lepas Jalani ‘Experiment’ 6 Bulan

Screenshot 2022 08 29 at 4.06.21 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.