Setiap kali tiba musim Raya, semua orang sibuk buat persiapan, baju baru, kuih raya, tiket bas atau minyak penuh untuk balik kampung. Tapi dalam kesibukan itu, ada satu perkara yang ramai terlupa, kebaikan yang kita bawa pulang.
Dalam video Raya terbaru daripada Matrix Concepts, kita dibawa menyelami perjalanan Azil balik ke kampung halaman. Tapi ini bukan sekadar kisah anak perantau yang rindu lemang dan pelukan mak. Perjalanan Azil sebenarnya adalah satu pengajaran yang buat kita terfikir semula tentang makna sebenar ‘balik kampung’.
Sepanjang perjalanan, suara ayahnya masih terngiang-ngiang di kepala, “Buat baik bukan sebab terpaksa, tapi sebab kau mampu.” Dan di situlah titik perubahan. Kebaikan tak perlu ditayang, tak perlu dipuji. Ia cukup sekadar sesuatu yang datang dari hati, tanpa mengharap balasan.
Azil akhirnya sedar bahawa erti ‘pulang’ bukan sekadar tiba di rumah, tetapi membawa pulang nilai yang diajar sejak kecil, kasih sayang, hormat, dan kebaikan tanpa syarat.
Dan itulah mesej yang Matrix Concepts ingin sampaikan tahun ini: “Meraikan kebaikan, bukan kerana perlu, tapi kerana mampu.”
Jadi, bila anda balik kampung nanti, jangan bawa tangan kosong. Bawalah kebaikan, kerana itu adalah ‘buah tangan’ paling berharga buat mereka yang tersayang.
Anda dijemput ke Rumah Terbuka Raya Matrix Concepts.
Raikan kemeriahan Syawal bersama kami di lokasi pilihan anda:
📍 Matrix Sales Galleria, Kluang, Johor
🗓️ 12 April 2025
🕙 5:00 PM – 10:00 PM
📍 Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan, Seremban
🗓️ 12 & 13 April 2025
🕔 5:00 PM – 10:00 PM
📍 Eka Heights, Ara Sendayan, Seremban
🗓️ 19 & 20 April 2025
🕙 10:00 AM – 3:00 PM
📍 Levia Residence, Kuala Lumpur
🗓️ 20 April 2025
🕙 10:00 AM – 5:00 PM
Layari www.matrixtogo.com untuk maklumat lanjut.