Hujung minggu lalu, berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang menyaksikan sejarah tercipta apabila pelakon lejen Bell Ngasri berjaya merangkul anugerah bintang paling popular buat pertama kalinya.
Namun, bukan itu sahaja yang menjadi perhatian, terdapat satu lagi perkara yang menjadi buah mulut ramai apabila pelakon sensasi Puteri Sarah Liyana dilihat menghadiri anugerah tersebut bersama bekas mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.
View this post on Instagram
Ada netizen yang mempersoalkan mengapa pelakon Hijrah Jannah itu menghadiri acara tersebut dnegan mereka sedangkan dia telah pun bercerai dengan Syamsul Yusof.
Puteri Sarah menerusi satu sesi live di TikTok miliknya menceritakan mengapa dia pergi ke acara penuh prestij itu bersama bekas mertuanya.
https://www.tiktok.com/@ahmadjamalbinabas/video/7259658918178213121
“Dah sah-sah bapa mentua itu artis. Dia (Datuk Yusof) orang lama dalam industri mestilah dapat jemputan juga. Aduh, awak ingat dia tak dapat jemputan ke?
Mesti la Datuk Yusof dapat jemputan jugak. Lepastu, mesti la Datuk Yusof tanya Sarah pergi tak? Sebab Sarah tercalon, Sarah jawab pergi lepastu dorang ajak untuk pergi bersama,” katanya.
Sarah dalam sesi live itu menepis dakwaan ‘mulut-mulut’ yang berkata Sarah mengajak kedua-dua bekas mertuanya itu dengan sengaja dan menjelaskan mereka pergi bersama atas jemputan.
Hish, korang ni jangan lah dengki!
Baca: “Dah ‘sedekah’ kat korang, apa lagi korang nak” – Puteri Sarah Sindir Siapa Tu?

