in

Ramai Mangsa Bersuara Tak Dapat WhatsApp, Kim Seri Dedah Punca ‘Block’ Nombor Telefon Pelanggan

kim seri dedah punca block no mangsa penipuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama TikToker yang terpalit isu penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan, Kim Seri kembali disebut netizen susulan beberapa mangsa mendakwa usahawan terbabit masih belum memulangkan wang mereka seperti yang dijanjikan.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina, sebelum ini berjanji akan memulangkan semula wang pelanggan yang terjejas sebelum atau pada 1 Februari dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara tersebut, namun sehingga kini masih tiada perkembangan positif.


Mangsa juga mendakwa nombor mereka disekat dan disebabkan itu, mereka menyuarakan isu terbabit di media sosial untuk memaklumkan orang ramai bahawa TikToker terbabit belum menyelesaikannya.

Artikel berkaitan: “Kata nak refund” – Isu Scam Pakej Korea, Pelanggan Kirim ‘Salam 1 Februari’ Pada Kim Seri

Artikel berkaitan: “Banyak melalut” – Mangsa Meluat & Kecewa Lepas Dengar Kenyataan Terbaru Kim Seri

Kim Seri dedah terima ugutan

Menyedari perkara yang sedang berlaku, Kim Seri mengakui ada menyekat beberapa nombor telefon pelanggan yang menuntut ganti rugi kerana menerima ugutan.

Kim Seri menerusi Instagram Story mendedahkan, dia mendapat mesej ugutan membabitkan anaknya selain ada yang mendoakan perkara buruk berlaku padanya.

“Saya akui saya block yang hantar mesej-mesej macam ni (ugutan). Saya faham buat masa sekarang ni semua tengah marah.

“Cuma ada beberapa mesej saya memang tak sanggup baca dan saya terpaksa block.

“Tapi jangan risau saya ada semua no acc bank mangsa,” katanya.

IMG 1538

Dalam pada itu, Kim Seri memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan kerana belum dapat membuat pembayaran semula seperti yang dijanjikan.

Katanya, dia memerlukan sedikit masa untuk membuat pembayaran balik kepada pelanggan dan sedang berusaha melangsaikannya.

IMG 1537

Terdahulu, media melaporkan polis menerima 24 laporan melibatkan isu terbabit yang mana jumlah kerugian dianggarkan hampir mencecah RM500,000.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.