in

Ramai Kecewa Dengan Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Olimpik 2024, Ini Respon Menteri KBS

Baju Rasmi Olimpik 2024

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini telah melancarkan baju rasmi untuk atlet Malaysia yang beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024, yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Menerusi hantaran MOM di Instagram, dapat dilihat tiga jenis rekaan yang diperagakan untuk disarungkan atlet negara nanti.


Katanya, pakaian rasmi itu bertemakan emas untuk mencerminkan usaha gigih Malaysia dalam mencari pingat emas yang sukar dicapai di Sukan Olimpik.

Artikel berkaitan: Sama Seperti Tokyo, Katil ‘Anti-Maksiat’ Bakal Digunakan Di Sukan Olimpik Paris 2024

Artikel berkaitan: Buat Larian Dengan Tangan Bergari Sejauh 1.6km, Bekas Atlet Negara Pecah Rekod Dunia

Snapinsta.app 448861139 1001123341637439 6775375451833643122 N 1080

Bagaimanapun, rekaan baju rasmi kontinjen negara itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen yang melihat rekaan itu meluahkan rasa tidak puas hati kerana ia tidak menonjolkan corak belang harimau yang menjadi identiti atlet Malaysia.

Malah, ada juga yang membandingkan pakaian rasmi Olimpik terdahulu yang dilihat lebih mengagumkan berbanding rekaan pada kali ini.

Ramai yang meninggalkan komen kecewa dengan rekaan baju rasmi itu, seolah-olah pakaian yang dibuat untuk altet hanya ala kadar dan pihak yang terlibat seperti tidak memahami kepentingan kejohanan berprestij ini.

Screenshot 2024 06 24 154043

Screenshot 2024 06 24 154200

Menteri KBS beri respon

Berikutan isu itu, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh menyatakan rekaan baju terbabit adalah diluar bidang pihaknya.

Jelas Hannah Yeoh, rekaan baju itu merupakan tanggungjawab MOM yang bekerjasama dengan pengeluar barangan sukan ternama iaitu Yonex.

Netizen bagaimanapun mahu pihak KBS untuk masuk campur dan menilai semula rekaan baju terbabit.

Apa komen korang fasal rekaan baju ni?

Sumber: Instagram, X

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.