in

Ramai Dakwa Tidak Dapat Mengundi, Kad Pengenalan Telah Digunakan Individu Lain

tak boleh mengundi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis menerima sembilan laporan daripada individu yang mendakwa mereka gagal untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kedah selain juga beberapa insiden melibatkan perkara yang sama di beberapa pusat pengundian lain kerana kad pengenalan mereka telah digunakan oleh individu lain.

Di Kedah, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, dua laporan telah dibuat di Sungai Petani, dua di Baling, dua di Kubang Pasu dan masing-masing satu di Alor Setar, Yan dan Kulim.


Tambahnya lagi, kes tersebut sedang dibuat semakan dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kertas siasatan akan dibuka dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

wan hassan kp kedah

Menurut Sinar Harian, seorang warga emas, Zaleha Abdul Rahman, 75, membuat laporan polis selepas mendakwa dia tidak dapat mengundi kerana namanya telah digunakan oleh individu lain untuk mengundi di Kota Sarang Semut.

Sementara itu, hal yang sama dilaporkan terjadi di beberapa tempat dan menimbulkan kehairanan kerana tidak mungkin pengundi sama boleh mengundi untuk kali kedua.

Di Kuala Lumpur, kejadian yang sama juga dilaporkan berlaku di Lembah Pantai apabila seorang lelaki yang mengenalkan diri sebagai Jega mendakwa dia dihalang mengundi kerana seseorang telah mengundi menggunakan namanya.

“Ketika saya berada di bilik mengundi, saya dapati seseorang telah mengundi atas nama saya”

Menurutnya, selepas semakan dibuat, ternyata nombor kad pengenalan tersebut berbeza namun telah mengundi menggunakan namanya menerusi klip video yang diedarkan kepada pihak media.

Tambahnya lagi, dia sepatunya mengundi di saluran 7, SK Petaling 1 & 2 hari ini tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana namanya telah digunakan dan memaklumkan bahawa laporan polis akan dibuat olehnya.

Selain di Kedah dan Lembah Pantai, difahamkan insiden orang lain menggunakan identiti untuk mengundi juga turut berlaku di Alor Gajah, Melaka.

Screenshot 2 2

Menurut aduan yang diterima oleh seorang pengundi, Wong Mei Yong, dia tidak dapat membuang undi apabila mendapati namanya dikatakan telah digunakan pengundi lain ketika cuba berbuat demikian petang tadi.

Menurut laporan Suara Keadilan, ketua tempat mengundi memaklumkan bahawa kad pengenalan Puan Wong telah digunakan, namun semakan ke atas jari mendapati tiada kesan atau tanda dakwat yang membuktikan dia belum mengundi.

Baca : [LIVE UPDATE] Keputusan Terkini Pilihan Raya Umum Ke-15

Navy Yellow Modern Business Facebook Cover

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.