Tak dinafikan bila orang luar bekerja di ibu kota, mereka terpaksa menyewa rumah ataupun bilik walaupun harganya boleh tahan mahal.
Baru-baru ini, seorang wanita rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menceritakan kisahnya menyewa bilik di negara tersebut. Dia yang menetap di sana perlu membayar sewa bilik dengan harga yang mahal walaupun hanya disediakan tilam bersaiz single di atas lantai.
Sewa bulanan naik mendadak
Menurut Msnews, wanita itu mengeluh harga sewa bilik kecil tersebut pada asalnya berharga S$500 (RM1,700) tetapi bermula bulan ini harganya menjadi S$650 (RM2,300). Dia juga hanya diberikan satu tilam nipis tanpa katil dalam bilik tersebut.
Artikel berkaitan: Kunci Pintu Digital Rumah Tak Berfungsi, Wanita Sewa Kren Untuk Masuk Rumah Menerusi Balkoni
Artikel berkaitan: “Berbau, sempit” – KPKT Serbu Bilik Sewa ‘Liang Lahad’ Harga RM300
Pun begitu, dia pasrah kerana perlu membayar amaun tersebut pada setiap bulan tetapi itulah realiti bekerja di bandar berkenaan.
Inilah satu-satunya cara untuk bekerja keras di bandar ini di mana setiap inci tanah adalah seperti emas. Lagipun ini adalah harga yang perlu dibayar untuk 3.5 (kadar penukaran), jadi tak mengapa!
Fikir positif dan yakin dengan rezeki
Wanita itu hanya berfikiran positif bahawa masa depannya akan lebih cerah jika dia bermula dari bawah.
Hari ini saya tidur di atas lantai! Esok saya akan jadi bos! Kita boleh melakukannya, semua pekerja di dunia!
Walau bagaimanapun, wanita itu tidak memuat naik gambar keseluruhan bilik tetapi hanya menunjukkan tilam nipis yang disediakan oleh tuan rumah. Dia juga berkata tempat itu baik sahaja kerana tiada tuan rumah, jadi dia boleh memasak dengan sendiri.
Biasalah tu kalau menyewa dekat negara luar..
Sumber: Msnews