in

Rakan Artis Buntu Nak Tolong, Bekas Bintang Nickelodeon Jadi Gelandangan & Musnahkan Bilik Hotel

syaz ft 2025 12 26T154014.647

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah tragis bekas pelakon kanak-kanak Nickelodeon, Tylor Chase yang menempa nama menerusi rancangan Ned’s Declassified School Survival Guide nampaknya semakin meruncing. Selepas tular video beliau hidup sebagai gelandangan, rakan pelakonnya Daniel Curtis Lee tampil mendedahkan satu update yang cukup memeritkan pada pagi Krismas lalu.

Daniel, yang memegang watak “Cookie” dalam siri yang sama itu, pada mulanya berniat murni dengan menempah sebuah bilik hotel untuk memastikan Tylor dapat berteduh dengan selesa. Namun, niat baik itu dibalas dengan sesuatu yang tidak disangka.


Menurut Daniel, hanya beberapa jam selepas check-in, pihak pengurusan hotel menghubunginya untuk melaporkan keadaan bilik yang telah rosak.

Artikel berkaitan: Gelandangan Tular Disiram Di Kaki Lima Dapat Semula Pasport, Pulang Ke Negara Asal

Artikel berkaitan: Glamour Tak Jamin Kemewahan, Ini 5 Bekas Bintang Hollywood Kini Jadi Gelandangan

@danielcurtislee

Happy Holidays. Difficult conversation about Tylor Chase and his recovery journey. #tylorchase #danielcurtislee #nedsdeclassified #shelter #epidemic

♬ original sound – Daniel Curtis Lee

Antaranya, pintu bilik dibiarkan terbuka luas, peti sejuk dijumpai dalam keadaan terbalik dan ketuhar gelombang mikro (microwave) berada di dalam tab mandi.

Dalam video TikToknya, Daniel tidak menyembunyikan rasa kesalnya malah mengakui ini bukan kali pertama bantuan diberikan, difahamkan, keluarganya sendiri pernah mencuba cara yang sama sebelum ini tetapi tetap gagal.

Daniel turut melepaskan kemarahannya terhadap sistem di California yang dianggap gagal menangani krisis kesihatan mental:

“Saya tak faham macam mana sistem bantuan ini berfungsi. Kita ada pelbagai sistem sosial untuk isu mental dan penyalahgunaan dadah, tapi bantuan kualiti itu tetap tiada.

Pembayar cukai mengundi untuk perkara ini sepanjang masa, tapi hasilnya mengecewakan,” luahnya.

Disebabkan keadaan Tylor yang dilihat tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri dan boleh membahayakan diri, Daniel kini buntu mencari jalan penyelesaian terbaik.

Beliau menyatakan hasrat untuk mendesak pihak berkuasa melaksanakan “5150 hold” iaitu penahanan psikiatri secara paksa selama 72 jam untuk penilaian pakar memandangkan usaha bantuan secara sukarela sebelum ini dianggap sia-sia.

Sumber: TikTok, Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.