Korang yang takut dengan tempat gelap mungkin boleh relate dengan cerita ini apabila seorang lelaki telah berdepan detik cemas ketika sedang berjalan di lobi hotel yang didiami. Dia ketika itu sedang berjalan sambil merakam video kerana sedang sesat.
Lampu tiba-tiba terpadam…
Menerusi video yang dimuat naik oleh @naim_dehek, menunjukkan lampu di lobi tersebut tiba-tiba terpadam dan suasana menjadi gelap gelita tanpa sebarang cahaya. Naim bagaimanapun terus berlari sehingga lampu di tempat itu menyala semula.
Artikel berkaitan: Terinspirasi Dengan Khairul Aming, Imam Buat ‘Live’ TikTok & Facebook Untuk Bina Hotel Di Masjid
Artikel berkaitan: “Muka comel tapi..” – Netizen Meremang Tengok Harimau Bintang ‘Check-In’ Hotel Di Jaipur
Rupa-rupanya, hotel itu menggunakan sensor pada lampu di lobi berkenaan dan jika tiada orang yang lalu di situ, lampu tersebut akan terpadam.
Masa ni rakam sebab tengah sesat, sekali lampu semua terpadam… hotel ni pakai sensor.
@naim_dehek semoga kaya raya hotel ni??..amiin!!! #hotel #fypシ #fypシ゚viral #fyp #pov #povs #hotelbajet #bajet
Guna seterika kena bayar 50 sen?
Ketika Naim sampai di tempat untuk menyeterika pakaian, dia terkejut melihat notis yang diletakkan di dinding bilik itu di mana sesiapa yang ingin menggunakan seterika tersebut perlu membayar 50 sen bagi tempoh masa 6 minit.
Naim yang tidak membawa wang ketika itu terus kembali ke bilik untuk meminta wang daripada kakaknya. Selepas itu, dia dan kakaknya pergi semula ke bilik tadi dan terus membaca arahan pada mesin duit seterika itu.
Ketika sedang membaca arahan, mereka berdua sudah membuka lampu telefon supaya tidak terkejut dan sebaik sahaja duit dimasukkan ke dalam mesin, lampu di bilik itu menyala semula.
Masa ni dua-dua buka lampu phone.. risau gelap. Masa masuk duit, lampu hidup dah.
Suasana yang ‘seram’ itu riuh dengan tawa mereka berdua yang terhibur sambil mengira count down yang dipaparkan di mesin duit tersebut.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi mereka berdua. Ada netizen berkata hotel tersebut menggunakan konsep ‘pintar’ untuk penjimatan elektrik.
Kalau min kena ni menangis dulu rasanya… kental betul diorang dua ni hahaha!
Sumber: TikTok