Sebelum ini tular satu video seorang wanita dari negara jiran telah berhijrah selepas dibimbing oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Dapat dilihat Ustaz Ebit Lew ada mengajar wanita bertatu yang dikenali sebagai Mondy itu mengaji.
Bagimanapun, pelbagai persoalan timbul selepas Mondy dilihat tular di IG menjual sambal bersama Ebit dan beberapa perkara kontroversi lain yang didedahkan netizen.
Namun begitu, selepas beberapa ketika kes ini mendiam, Mondy jadi tular semula apabila dia dilihat tidak lagi bertudung dan berpenampilan seperti asalnya.
Artikel Berkaitan : “Ahh ingatkan homeless” – Caprice Sindir Mondy, Buat Live TikTok Dengan Ibu Bapa Di Indonesia?
Artikel Berkaitan : Sebelum Ini Pernah Tular Dibantu Ebit Lew, Kini Mondy Tampil Tidak Bertudung?
Bukan sahaja netizen, penyanyi rap Caprice juga turut ‘bersuara’ mengenai isu ini. Malah, baru-baru ini dilihat Caprice ada memanggil Mondy sebagai tetamu undangan untuk bual bicara podcast yang dikendalikan oleh Caprice di saluran YouTube miliknya.
Perkongsian itu dimuat naik di Instagram miliknya yang memperlihatkan Mondy berada di dalam studio dan memeluk seseorang sambil menangis.
Punye lah seram dan sedih… the Mondy interview otw.”
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, podcast tersebut masih lagi belum ditayangkan, tetapi ia difahamkan bakal di muat naik dalam masa terdekat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tertunggu-tunggu video penuh untuk mengetahui kisah sebenar di sebalik apa yang terjadi.
Sebagai rujukan, Mondy mula dikenali susulan perkongsian daripada Ebit Lew yang berniat untuk membimbingnya ke jalan yang benar sehingga membawanya tinggal di Malaysia, sebelum wanita ini pulang semula ke Indonesia tidak lama selepas itu.