Lantang dalam membahaskan isu semasa, Caprice pastinya akan tampil memberikan pendapat jujur di akaun media sosial miliknya sendiri.
Bila isu hangat yang melibatkan pendakwah selebriti (PU Azman) viral baru-baru ini, pastinya dia menerima banyak DM yang meminta untuk mengulas hal tersbeut, namun Caprice mengambil pendekatan untuk tidak ‘buka aib’.
Kenyataan sarkastik itu dikatakan menerusi Instagram miliknya dan dia juga memberikan contoh-contoh individu lain yang terpalit dengan kontroversi sebelum menayangkan gambar PU Azman.
“Ramai sangat DM saya, muka macam ni (PU Azman), kita tak boleh kecam atau sentuh, dikenali pakaian sopan, seorang Pencerus Ummah (PU), kita tak boleh kecam.”
“Kalau set-set ‘pelangi’ macam ni (Matty Healy), boleh kecam, set-set menghina agama macam ni, boleh kecam. Tapi kalau gaya dia, nama dia macam ni (PU Azman), minta maaf kita tak boleh kecam, tak boleh sentuh, aib namanya.”
View this post on Instagram
Untuk rekod, PU Azman mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 dan 16 tahun pada Februari dan Julai 2022 dan kini perbicaraan mengenai kes itu sedang dijalankan.
Baca : PU Azman Dituduh Kali Ke-10 Kes Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki