in

PU Azman ‘Dipenjara’ Kali Keempat, Hukuman Penjara 6 Tahun & 1 Sebatan

pu azman dipenjara lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah selebriti, PU Azman dijatuhi hukuman penjara lagi selama enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada tujuh tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo, ini merupakan kali keempat selepas dijatuhi hukuman penjara di Mahkamah Klang dan Seremban sebelum ini.


Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhi hukuman itu selepas PU Azman atau nama lengkapnya Azman Syah Alias, menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Artikel berkaitan: PU Azman Dijatuhkan Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

Artikel berkaitan: “Hafal satu juzuk Al-Quran dalam penjara” – Mahkamah Tolak Satu Representasi PU Azman

Difahamkan, ini selepas representasi yang dihantar oleh pihak pembelaan pada Oktober lalu telah diterima Jabatan Peguam Negara ketika prosiding perbicaraan berlangsung dengan pendakwaan telah mengemukakan enam saksi.

2946936

Hakim mahkamah turut memerintahkan PU Azman untuk menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Mahkamah memutuskan kesemua hukuman tersebut diambil kira (TIC) mengikut Seksyen 171 (A) Kanun Tatacara Jenayah terhadap satu lagi pertuduhan sama yang dihadapi PU Azman.

Terdahulu, peguam Fahmi Adilah memohon hukuman paling minimum kepada anak guamnya kerana pengakuan bersalahnya serta tertuduh telah terlibat dalam program agama dan beri manfaat kepada banduan lain dan staf penjara.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi menegaskan, walau apa jua mitigasi diingatkan sebagai seorang pendakwah selebriti tidak wajar melakukan perkara tersebut kepada mangsa.

“Pengakuan salah bukanlah automatik diskaun hukuman dengan tertuduh telah disabitkan di Mahkamah Klang dan Seremban.

“Mohon hukuman bentuk pengajaran kepada tertuduh dan juga boleh buka mata masyarakat secara amnya,” katanya.

Untuk rekod, PU Azman pada 27 September lalu telah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan atas dua pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada 2022.

Selain itu, Mahkamah Majistret Klang pada 6 Disember lalu telah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki pada tahun sama.

Pada 17 Disember pula, PU Azman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban atas empat pertuduhan pindaan kes amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki di Nilai.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.