in

PU Azman Didakwa Lagi Atas 3 Pertuduhan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Ft Pu Azman Didakwa Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, penceramah selebriti, Azman Syah Alias, 41,  didakwa lagi atas tiga pertuduhan amang seksual dan satu kes kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki, dia didakwa di dua mahkamah berasingan di Klang hari ini.

Bagaimanapun, Kosmo! melaporkan bahawa Pencetus Ummah (PU) Azman mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di Mahkamah Sesyen dan Majistret. Kes dibicara di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said.


PU Azman dituduh dengan dua kes amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang, masing-masing pada pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dimana boleh berdepan penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Dalam pada itu, PU Azman juga didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp dengan dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Perbuatan itu antara pukul 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru pada 16 Ogos lalu. Sumber melaporkan bahawa dua mangsa tersebut merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Untuk kes selanjutnya, PU Azman didakwa di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid atas tuduhan melakukan perbuatan lucah melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun lalu.

https://www.instagram.com/p/Cl2eFNHtjay/

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Azman Syah diwakili Peguam Fahmi Adilah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan RM24,000 bersama penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain melapor diri di balai polis berhampiran rumah setiap awal bulan bermula bulan ini.  Sebutan semula bagi kesemua kes akan ditetapkan pada 12 Januari 2023.

Baca : “Mana suara2 suci ni?” – Damian Mikhail Perli ’Geng Penceramah’ Diam Kes PU Azman?

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.