in

PU Abu Perjelas Isu Rumah Tangga Bergolak, Isteri Pertama Dikatakan ‘Triggered’ Sebab…

cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang indah dan amat digalakkan dalam masyarakat. Ia juga mampu memberi kebahagiaan dalam rumah tangga. Namun begitu, setiap pasangan tak terlepas daripada masalah dan ujian yang mampu menggoncang rumah tangga itu.

Baru-baru ini, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih dikenali dengan PU Abu telah menjelaskan isu rumah tangganya yang viral suatu ketika dahulu di podcast Langka Studio.


@sembangkopiahterbang

Biar jadi pengajaran langkastudio minmatpodcast #puabu purahmat #puamin

♬ original sound – Langka Studio – sembangkopiahterbang

Menurutnya, isu itu berlaku disebabkan kelemahan imannya untuk mempertahankan rumah tangga yang didirikan bersama isteri pertama, iaitu Ain Afini.

“Saya boleh kata macam iman tak kuatlah untuk kita defend rumah tangga tu sebaik mungkin.”

Tambahnya lagi, yang menjadikan isu itu besar adalah apabila dia ‘tergelincir’ lepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

0 654ddaac8b281

“Masa tu baru beberapa bulan berkahwin tapi, bila kita ‘tergelincir’ itu yang menjadi isu besar.”

Jelasnya lagi, isu itu makin hebat apabila dia update story bersama keluarga isteri kedua iaitu Hana Azraa ketika berada di Madinah.

Pada waktu itu, Abu dan Ain sedang berada dalam tempoh bekas isteri dan suami. Disebabkan itu, Ain dikatakan ‘triggered‘ oleh bekas suaminya kerana membuat story seolah-olah sedang bahagia walaupun dia baru diceraikan pada 2019 ketika sedang sarat mengandung.

“Bila kita update story dengan second wife seolah-olah bahagia, isteri pertama macam triggered-lah.”

Disebabkan story itu, ia mengundang pertanyaan orang ramai kepada Ain. Bagi menjawab persoalan mereka, Ain membuat satu kenyataan di media sosial yang memberitahu keadaan semasa dia dan bekas suaminya.

Kata Abu, isu itu menjadi viral pada 21 April 2019 yang pada ketika itu dia sedang berada di Tanah Haram.

Pada akhir video, dia mengatakan bahawa itu hanyalah story biasa namun mengakui kesilapannya kerana itu bukanlah perkara yang sepatutnya dilakukan ketika itu.

Harap, korang dapat ambil pengajaran serba sedikit dari kisah ni. 

Sumber: TikTok

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.