Protes boleh dilihat menjadi satu aktiviti yang telah dilakukan oleh seluruh dunia dimana sesebuah kumpulan tertentu akan ‘turun padang’ untuk melaungkan ketidakpuasan dan hak-hak tertentu kepada pihak yang bertanggungjawab seperti kerajaan dan pihak berkuasa.
Protes besar-besaran di KL?
Malaysia juga tidak lari oleh isu dan aktiviti sebegini apabila tular sebuah foto kenyataan media yang telah tersebar di laman Twitter bahawa kenyataan tersebut menyebut akan ada protes besar-besaran yang akan berlaku pada hari Sabtu ini.
JUST IN : Student groups will protest once again this Saturday at Sogo KL (2pm)
? Some of their demands are #PotongGajiMenteri and maintain subsidies.#TURUN pic.twitter.com/OSb3Wm5wp5
— Elill (@Elill_E) July 21, 2022
Tidak berpijak di bumi yang nyata, kami perlu bertindak!
Kenyataan tersebut telah menceritakan isu-isu terbabit yang membuatkan mereka untuk turun padang Sabtu ini atau esok bertempat di Sogo, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang.
Antara isu adalah banyak disebut daripada pihak kerajaan yang dikatakan seakan lalai dengan tanggungjawab terhadap hal ehwal rakyat termasuklah isu kenaikan harga barang dan kenaikan gaji menteri di tengah waktu inflasi.
Tular juga kenyataan di WhatsaApp yang mengajak semua yang merancang untuk ke protes untuk memakai serba-serbi warna hitam sebagai dress code untuk aktiviti protes pada hari esok.
Turun padang dengan lima tuntutan!
Kenyataan media juga menyebut kumpulan aktivis ini akan turun padang dengan lima tuntutan dengan berharap agar kerajaan mengambil langkah yang proaktif untuk menangani isu yang dikatakan bakal menghimpit lagi kos sara hidup dan kesusahan rakyat.
Antara lima tuntutan yang disebut adalah:
- Potong gaji menteri
- Kekalkan subsidi
- Salurkan bantuan bermaruah
- Kawal harga barang
- Selesaikan jaminan makanan
Kenyataan media ini mendapat perhatian ramai oleh netizen dan pelbagai reaksi telah dilontarkan mengenai protes ini. Apa pula reaksi korang?