Buat peminat barangan Apple, mesti ramai yang mengenali iPhone 6 yang merupakan iPhone skrin besar pertama Apple kan?
Baru-baru ini, Apple telah mengklasifikasikan telefon pintar itu dan juga table iPad 4th Generation sebagai ‘vintaj’ yang menjadikan pilihan servis dan pembaikan sangat terhad.
Apple biasanya akan melabelkan peranti sebagai “vintaj” apabila ia tidak dijual selama lima tahun dan sehingga itu, Apple akan menyediakan alat servis dan penggantian untuk perantinya, selepas itu, pembaikan bergantung pada komponen yang boleh diperoleh oleh kedai.
Model iPhone yang mempunyai skrin besar pertama!
iPhone 6 dan 6 Plus kedua-duanya dilancarkan pada tahun 2014 dan ia merupakan reka bentuk yang mempunyai kelainan daripada reka bentuk model sebelumnya, dimana ia mempunyai skrin yang lebih lebar dan mempunyai saiz yang lebih nipis.
Manakala iPad 4th Generation dan juga dikenali sebagai iPad with Retina display pula merupakan tablet iPad pertama yang mempunyai lighting connector, tablet itu dikeluarkan pada tahun 2012.
Menurut artikel Apple Insider, selepas tujuh tahun, produk ‘vintaj’ akan diklasifikasikan semula sebagai obsolete (usang). Terdapat pengecualian bergantung kepada undang-undang tempatan di sesebuah negara, Apple tidak akan menyimpan sebarang stok bahagian untuk peranti usang.
Bagaimanapun, iPhone 6 yang juga dikeluarkan pada tahun yang sama masih belum dikira ‘vintaj’, sama juga seperti model sebelumnya iaitu iPhone 5s.
Korang pernah guna iPhone 6 Plus?
Baca: “Dah dah lah tu”, Netizen Minta Scammer Berhenti Tag Kat IG Konon “Menang” iPhone