Mana-mana rakyat Malaysia terutamanya beragama Islam yang tidak mengundi didakwa telah melakukan dosa besar biarpun atas sebab menjalankan ibadat haji dan umrah.
Hanya 60 peratus umat Islam mengundi
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam satu kenyataan menerusi Harakah Daily, bahawa kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh pelosok dunia telah pulang untuk mengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka untuk tanah air ini, walaupun mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus dan ini menunjukkan orang Islam tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah duit dan sebagainya.
SURAT TERBUKA KEPADA JEMAAH HAJI DAN UMRAH YANG TIDAK MENGUNDI
Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelosok dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya pic.twitter.com/JnWDxC7FJN
— Abdul Hadi Awang (@abdulhadiawang) December 20, 2022
Menurut beliau, keadaan ini dibimbangkan jika mereka melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah SWT yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
“Berundur ketika musuh mara menentang Islam.”
Tegasnya lagi, jika tugas mengundi sebagai salah satu cara yang damai pun tidak dapat ditunaikan kewajipannya bagi memenangkan dan mempertahankan Islam, maka akibatnya adalah lebih besar dan lebih parah.
Apa pendapat korang mengenai hal ini?
Baca : Presiden PAS, Abdul Hadi Awang Dipanggil Polis Berhubung Kenyataan Hasutan