Bagi pasangan yang ingin melangkah ke alam perkahwinan, pasti mereka mempunyai impian untuk mengadakan majlis mengikut cara mereka yang tersendiri.
Sesetengah pasangan sukakan majlis yang simple dan ada pula sukakan majlis yang grand seperti di hotel. Namun perkara sebegini sebenarnya tertakluk kepada bajet yang masing-masing miliki.
“Saya nak pelamin adik saya nampak mewah mcm dalam hotel”
Namun usaha seorang wedding planner dalam mendekorasikan pelamin di dalam sebuah rumah kampung ini mendapat pujian ramai kerana hasilnya mengalahkan majlis perkahwinan yang dibuat di hotel lima bintang. Wow!
Menerusi perkongsian TikTok @firdaus_rubae_dre, dia telah diminta oleh kakak pengantin yang mahukan pelamin adiknya kelihatan mewah seperti majlis di hotel walaupun ia hanya diadakan di rumah kampung biasa saja.
Permintaan kakak pengantin itu kemudian direalisasikan wedding planner ini dan korang takkan percaya bila tengok latar belakang pelamin yang dipenuhi bunga tu! Uish macam level artis punya pelamin dah ni!
“Hebat orang ni deko aku ingat dah tukar tempat tadi”
Kehebatan wedding planner ini mendekorasikan pelamin telah mendapat pujian netizen yang mana rata-rata bagaikan tidak percaya apabila melihat hasilnya.
Ramai juga yang menyamakan pelamin tersebut seakan-akan pelamin perkahwinan pelakon dan pengacara terkenal Neelofa dan suaminya, PU Riz.
Wah hebat betul abang wedding planner ni kan? Mesti lepas ni ramai yang DM dia untuk buat pelamin.