in

Populasi China Akan Berkurang Menjelang 2025, Ini Sebab Yang Korang Kena Tahu!

China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membangunkan negara adalah sangat penting menitikberatkan mengenai jumlah kependudukan demi mencapai standard dan kemajuan dari segi ekonomi. Oleh itu, sesebuah negara sangat mengutamakan data populasi negara dari tahun ke tahun.

Kebanyakan negara menerima perkembangan yang positif mengenai populasi rakyat mereka tetapi tidak kepada negara ketiga terbesar dunia iaitu China.


Populasi China bakal berkurang menjelang 2025

Menurut Harian Metro, populasi negara China akan mula berkurang menjelang 2025, berikutan saiz keluarga yang semakin kecil dan peningkatan usia warga negara.

China kini boleh dikatakan sedang bergelut dengan krisis demografi yang semakin kritikal dimana negara tersebut menghadapi tenaga kerja yang semakin tua, ekonomi perlahan dan pertumbuhan penduduk yang paling lemah dalam beberapa dekad.

Negara tersebut juga boleh dikatakan mengalami ‘krisis orang muda’ iaitu kekurangan dewasa berumur 40 tahun ke bawah yang menyebabkan produktiviti negara tersebut berkurang dari tahun ke tahun.

“Penglibatan orang muda dalam sektor ekonomi sangat penting untuk mengekalkan produktiviti sesebuah negara kerana mereka masih punya banyak tenaga dan kudrat untuk berkerja.”

“Kadar pertumbuhan penduduk merosot dengan ketara, dan ia akan memasuki tahap pertumbuhan negatif dalam tempoh ‘Rancangan Lima Tahun ke-14’.”

Screenshot 2022 08 02 At 5.06.53 Pm

Ringankan ‘dasar satu anak’ tapi masih tak selesai masalah

Untuk pengetahuan korang, ‘dasar satu anak’ pernah diperkenalkan pada tahun 1980 untuk menyekat pertumbuhan penduduk terutamanya yang tinggal di bandar. Hal ini untuk mengelakkan masalah kesesakan dan krisis perumahan di negara tersebut.

Pada tahun 2016, kerajaan telah melonggarkan dasar tersebut dan mengehadkan sesebuah pasangan memiliki tiga anak daripada satu anak sebelum ini. Tapi malangnya, kelonggaran itu masih tidak menyelesaikan masalah kadar kelahiran yang berkurang di negara tersebut.

 

Ini sebab mengapa China mengalami krisis demografi

  • Gaya hidup bina ‘keluarga kecil’

002170196E1C16Bd5A7602

Trend membina keluarga kecil di China juga menjadi faktor krisis demografi di China. Segelintir rakyat di sana dikatakan selesa dengan hanya mempunyai anak yang sedikit justeru dapat mengurangkan kos sara hidup sesebuah keluarga.

  • Terbiasa dengan ‘dasar satu anak’ yang diperkenalkan pada tahun 1980

China One Child Policy Swimming2 Small

Turut juga menjadi sebab adalah kerana kebanyakan rakyat di sana masih kekal di takuk kebiasaan dengan dasar satu anak yang diperkenalkan pada tahun 1980.

  • China kekurangan golongan wanita

251129

Menurut Business Standard, China mempunyai jumlah wanita yang sedikit. Ia telah berlaku sejak ‘dasar satu anak’ diperkenalkan dimana banyak kelahiran lelaki dicatat untuk sebuah keluarga yang menyebabkan nisbah jumlah lelaki kepada 106 bagi setiap 100 perempuan.

Inisiatif yang dilakukan China untuk menggalakkan populasi

Demi menggalakkan pertumbuhan penduduk, kerajaan China telah melakukan banyak inisiatif yang telah diberikan kepada rakyat demi menjamin kedudukan ekonomi di negara itu.

Misalnya, bandar di timur Huangzhou pada Isnin lalu mengumumkan kepada mana-mana keluarga yang memiliki tiga anak dapat membuat pinjaman 20 peratus lebih daripada had maksimum apabila memohon pinjaman kumpulan wang simpanan perumahan buat kali pertama.

Turut mengikut inisiatif tersebut adalah di wilayah China yang lain seperti Nanchang dan Changsa menurut media kerajaan di sana.

Sebenarnya min baru tahu yang populasi pun dapat memberi impak negatif kepada sesebuah negara. Korang pun baru tahu ke?

Baca: “Mcm meteor” – Penduduk Sarawak Terkejut Tengok Cahaya Aneh Di Langit, Rupanya Roket China Yang Terhempas

Screenshot 2022 08 02 At 5.03.04 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.