in

Polis Temui 3 M*yat Dalam Sebuah Rumah Di Seremban, Identiti Mangsa Sudah Dikenal Pasti

kes 3 mayat ditemui dalam rumah

Petang semalam, tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan telah ditemukan dalam sebuah rumah dekat Jalan Bukit Kristal, Seremban.

Menurut Sinar Harian, difahamkan laporan berkenaan perkara itu telah diterima daripada salah seorang jiran mangsa sekitar jam 5 petang selepas terhidu bau busuk di kawasan perumahan tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjut oleh sepasukan polis ke rumah itu menemui ketiga-tiga mangsa dalam keadaan sudah meninggal dunia.

3185928

Artikel berkaitan: Mayat Guru Wanita Ditemui R*put Dalam Rumah, Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Ibu & Anak Ditemui Meninggal Dunia Dalam Rumah Berkunci, Kali Terakhir Ditemui Pada Mei

Identiti mangsa dikenal pasti 

Dalam perkembangan terbaharu, pihak polis difahamkan sudah mengenal pasti identiti mangsa sebagai pasangan suami isteri berusia 61 dan 59 tahun serta seorang anak lelaki berusia 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan torehan di bahagian lengan kanan pada mayat anak lelaki, manakala mayat ibu dan bapa tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan.

Sebaik menerima maklumat, Ketua Polis Balai Jalan Campbell bersama anggota bomba telah pergi ke rumah berkenaan.

“Pihak bomba terpaksa memotong kunci mangga pagar rumah tersebut sebelum menemui tiga mayat dalam keadaan mereput di dua bilik tidur berasingan,” katanya.

3185927

Pemeriksaan forensik juga menemui empat bilah pisau yang mempunyai kesan darah dan jenis ubat-ubatan yang telah digunakan dan diletakkan di atas meja ruang tamu rumah.

Ketiga-tiga mayat berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan rasmi bedah siasat.

Dalam pada itu, seorang jiran yang ditemui memaklumkan kali terakhir dia menemui mangsa adalah pada hari Jumaat lepas apabila salah seorang mangsa datang ke rumahnya untuk memberi makan pada anjing.

Katanya lagi, kesemua mangsa bagaimanapun tidak kelihatan selepas itu dan dia menyangkakan mereka tiada di rumah atau bertugas di luar kawasan.

Sumber: Sinar Harian