in

Polis Tahan Lelaki Sebab ‘Drive’ Dalam Keadaan Mencurigakan, Rupa-rupanya Baru Lepas Bunuh Pemandu Teksi

pemandu teksi maut

Tular di Facebook perkongsian kejadian ngeri yang berlaku malam tadi berhampiran Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Seorang lelaki ditemui maut dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang badan di tempat duduk belakang dalam teksi.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Aliff Zuaimi II menceritkan secara ringkas di mana seorang saksi yang menaiki motor melihat sebuah teksi dipandu dalam keadaan terhuyung hayang.

Teksi itu dikatakan telah masuk laluan sehala berhampiran klinik di situ sehingga melanggar sebuah kereta bertentangan.

mati dibunuh

Selepas saksi berjaya menahan teksi tersebut, didapati pemandu dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat sebilah pisau di atas pelapik tempat kaki bahagian pemandu.

“Seorang saksi bertanya kenapa melawan arus? Suspek berkata baru selepas bunuh orang, orang yang dibunuh ada di tempat duduk belakang, terdapat banyak kesan seperti ditoreh bahagian kepala,”  katanya.

Menurut kenyataan polis, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 10.56 malam memaklumkan terdapat teksi berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan, lapor Harian Metro.

Siasatan awal mendapati mangsa berusia 51 tahun adalah pemandu teksi manakala suspek berusia 29 tahun adalah penumpang. Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pagi ini, suspek dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca: Kes Bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang: Lelaki Nigeria Terlepas Hukuman Gantung, Ini Yang Berlaku…
collage 14

Sumber: Utusan