Pihak polis berjaya menahan seorang suspek lelaki yang didakwa merakam bawah kain seorang remaja perempuan di sebuah pasar raya di Kajang, baru-baru ini.
Perbuatan jijik itu disaksikan sendiri oleh orang awam berdekatan. Mangsa remaja perempuan yang berumur 16 tahun ketika itu tidak menyedari perbuatan duda anak tiga itu.
Menurut laporan Harian Metro, polis memaklumkan kejadian berlaku ketika mangsa dan ibunya sedang membuat pembayaran di kaunter.
Artikel berkaitan: Bapa Nak Cari Pengasuh Untuk Anak Di Website, Tapi Dikecam Buat Lawak ‘Miang’?
Artikel berkaitan: “Dia suruh pakai baju seksi” – Sarimah Ibrahim Kongsi Pengalaman Kena Gangguan Seksual
Selepas ditegur oleh seorang lelaki berdekatan yang melihat sendiri kejadian itu, suspek menafikan dan terus melarikan diri.
Sebaik sahaja menyedari perkara itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.
Susulan itu, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sekitar Bandar Kajang, kira-kira 12.15 tengah malam, semalam.
“Polis merampas telefon bimbit milik suspek berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.
“Semakan rekod mendapati suspek terbabit tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya.
Suspek direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
SUmber: Harian Metro