Minggu lalu, satu video tular di media sosial yang memaparkan beberapa individu bertindak memasak mi segera dan makanan lain di sebuah stesen minyak yang terletak berdekatan Genting Highland, Pahang.
Terbaru, menurut laporan Harian Metro, seramai 15 orang individu berusia lingkungan 23-28 tahun ditahan pihak polis susulan insiden tersebut.
Artikel berkaitan: “Healing apa?” – Netizen Bengang Tengok Beberapa Individu Masak Di Stesen Minyak Genting Highland
Artikel berkaitan: Pakcik Shell Jelaskan Kenapa Masak Mi Dekat Stesen Minyak Bahaya, Walaupun Jauh Dari Pam!
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, tangkapan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan.
Kita juga akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Sebagai info, pihak polis menerima laporan 12.35 tengah hari 14 Mei lalu berhubung klip video memaparkan sekumpulan individu melakukan perbuatan itu yang tular di media sosial.
Video yang memaparkan beberapa inidvidu dipercayai sedang berkonvoi berhenti di stesen minyak tersebut dan ‘berkelah’ di situ serta memasak menggunakan dapur gas mudah alih.
Sumber: Harian Metro