in

Polis Siasat Perhimpunan Penyokong Najib Di Hadapan Istana Negara Semalam

collage 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis telah pun membuka kertas siasatan terhadap sekumpulan penyokong Umno yang berhimpun di luar Istana Negara semalam bagi menyerahkan memorandum meminta agar Yang di-Pertuan Agong memberikan Bekas Pendana Menteri, Najib Razak pengampunan diraja.

Perhimpunan yang bermula pada jam 2.30 ini melihatkan lebih kurang 300 penyokong Najib berkumpul di hadapan pagar 3 istana tersebut.


Ketua Polis Brickfields Amihizam Abdul Shukor mengatakan, penganjur tidak memberitahu pihak polis mengenai perhimpunan tersebut mahu pun membuat permohonan.

Fa fTNkaIAEgbUe

Kami menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada sama ada perbuatan atau ucapan yang boleh mengancam ketenteraman awam di negara ini, khususnya di Bandaraya Kuala Lumpur.”

Selain itu, pihak polis turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak membuat perhimpunan beramai-ramai seperti ini tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Untuk pengetahuan korang, penyerahan memorandum ini dibuat satu hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman terhadap Najib bagi kes penyelewengan dana SRC International, FMT.

Memorandum ini diserahkan oleh satu pihak NGO yang dipanggil Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara, yang secara tak langsung mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan pengampunan bagi pihak Najib.

Kumpulan ini turut memanggil presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk mengarahkan perdana menteri bertindak secepat mungkin berhubung perkara ini.

 

Baca: Masih Cuba Biasakan Diri Dengan ‘Rutin Baru’, Anak Najib Update Keadaan Terkini Bapa

yana najib update keadaan bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.