in

Polis Siasat Kenyataan Chef Wan, Samakan ‘Dress’ Aishwarya Rai Dengan Perayaan Thaipusam

Syaz Ft 91

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Festival Filem Cannes berlangsung pada 14 hingga 25 Mei lalu dan tahun ini merupakan tahun ke-77 acara penuh prestij itu diadakan.

Selain filem, di situ juga selebriti mempamerkan fesyen mereka seperti mana model terkenal Bella Hadid menggunakan acara itu untuk menunjukkan dress uniknya yang menggunakan fabrik keffiyeh sebagai tanda bersolidariti dengan Palestin.


Namun, satu lagi berita berkenaan festival itu di mana cef terkenal tempatan Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan meninggalkan komen berbaur perkauman terhadap busana yang dipakai oleh pelakon Bollywood terkenal, Aishwarya Rai.

Cats 30

Chef Wan menyamakan busana pelakon Bollywood itu seperti perayaan Thaipusam yang biasa disambut oleh penganut agama Hindu.

Menurut laporan Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu.

“Bagaimanapun kes ini diserahkan kepada USJT kerana melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan Raja,” katanya.

Dalam pada itu, susulan tular kenyataannya itu, Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya mengeluarkan permohonan maaf dan memberitahu ianya bukanlah sesuatu yang disengajakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

“Saya tidak pasti sama ada bahasa Inggeris saya tidak betul untuk mengaitkannya dengan cara itu dan membuatkan ramai orang India salah faham apa yang saya cuba katakan, mungkin saya salah.

Tetapi bukanlah niat sebenar saya untuk bersikap perkauman atau buruk kan agama Hindu, sebagai seorang chef TV yang saya sayangi dan sangat menghormati semua budaya dan agama di dunia,” tulisnya.

Chef Wan juga menulis permohonan maaf kepada pelakon Bollywood itu dalam posting yang berlainan serta menganggap ianya satu ujian buatnya.

Sumber: Astro AWANI, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.