Bermula semalam (22 November 2022), Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan Sekatan Jalan Raya (SJR) di lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara secara penugasan 24 jam
Dijalankan sehingga satu masa ditetapkan
Langkah yang dilakukan untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap Omnipresence ini akan dilakukan sehingga satu masa ditetapkan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia bagi memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam dijaga.
[TERKINI] .@PDRMsia lancarkan sekatan jalan raya (SJR) sebagai kesiapsiagaan omnipresence pic.twitter.com/6nJpNDmAAk
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) November 23, 2022
“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak/siang hari.”
“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR, terutamanya di luar waktu puncak.”
Bagaimanapun, beliau menyeru masyarakat agar tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.
Baca : Viral Video Herdik Polis di SJR, Wanita Bergelar ‘Wawa’ Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan