in

Polis Kini Kesan Syedewa, Didakwa Muat Naik ‘Posting’ Aibkan Anggota Trafik Di Medsos

polis cari syedewa aibkan polis trafik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis sedang mengesan pemilik akaun di media sosial X, yang juga pengasas jenama kosmetik terkenal atas dakwaan membuat hantaran bertujuan mengaibkan anggota polis trafik.

Memetik sumber Kosmo!, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya ada menerima laporan pada jam 7.30 petang semalam berhubung hantaran yang dimuat naik di akaun ‘Syedewa’.


Katanya, beberapa gambar dimuat naik di dalam hantaran itu memaparkan seorang pegawai polis sedang menjalankan tugas sekatan jalan raya kira-kira pukul 10.45 pagi di Damansara Damai, Selasa lalu.

Artikel berkaitan: “Terbaik tuan!” – Bersihkan Takungan Air, Tindakan Polis Ini Dipuji Netizen

Artikel berkaitan: [VIDEO] Anak Monyet Terperangkap Di Pembahagi Jalan, Polis Sanggup Buat ‘Roadblock’ Di MRR2

GURG6U5aAAAOulj

“Hantaran tersebut dimuat naik dengan tujuan mengaibkan imej pegawai polis yang sedang menjalankan tugas.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Tambah beliau, polis kini sedang mengesan pemilik akaun terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.

Terdahulu, Syedewa telah memuat naik satu hantaran meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa anggota polis trafik ingin menyamannya kerana dipercayai tidak memakai tali pinggang keledar.

Screenshot 2024 08 09 152108 Screenshot 2024 08 09 154756

Sehingga kini hantaran tersebut telah mendapat lebih 2,900 perkongsian dan 5,100 tanda suka.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.