Masalah individu degil dan enggan patuh pada perintah berkurung berlaku di hampir kebanyakan negara di seluruh dunia. Ketika ramai yang sanggup tak keluar rumah bimbang dijangkiti wabak maut COVID-19, ada juga segelintir yang memandang remeh ancaman tersebut.
Di India misalnya, pihak berkuasa negara itu sebelum ini terpaksa menggunakan kaedah kasar untuk memberi pengajaran kepada orang ramai agar patuh kepada perintah lockdown.
Kali ini kerana masih ada lagi yang tak faham bahasa, mereka terpaksa menggunakan taktik lain pula.
Rakaman video yang dimuatnaik di laman web ini menunjukkan sekumpulan polis mengheret masuk beberapa individu yang ingkar ke dalam sebuah ambulans yang terdapat pesakit COVID-19 di dalamnya.
Ia turut dikongsi oleh pengguna lain di laman Twitter.
"@trueNija: Police in India arrested lockdown violators and put them in an ambulance with a fake Corona virus patient! Just watch what happens. https://t.co/6J84JyuWrg
— GIDI (@Gidi_Traffic) April 24, 2020
Habis menggelupur masing-masing kena kurung dalam ambulans tu kan? Tapi sebenarnya, polis hanya menggunakan pesakit palsu bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak keluar tanpa sebarang tujuan ketika tempoh perintah berkurung.
Nasihat cara baik tak jalan, mungkin penggunaan kaedah seperti ini boleh menyedarkan rakyat mereka tentang pentingnya untuk mematuhi perintah berkurung ketika COVID-19 telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia.