in

Polis Cuai Kendali Kes M*ut Model Belanda, Kerajaan Malaysia Diperintah Bayar Ganti Rugi RM1.1 Juta

kerajaan bayar ganti rugi RM1.1 juta model belanda maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi berjumlah RM1.1 juta kepada keluarga model Belanda, Ivana Esther Robert Smit berhubung kematian gadis itu di sebuah kondominium, lapan tahun lalu.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas membenarkan saman yang dikemukakan ibu mangsa, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen yang mana mahkamah mendapati terdapat kecuaian oleh pihak polis dalam mengendalikan siasatan kematian model itu pada tahun 2017.


Mahkamah berpendapat terdapat pelanggaran tanggungjawab penjagaan oleh pihak berkuasa, termasuk kegagalan dalam pengurusan tempat kejadian jenayah, pemeliharaan bukti dan prosedur forensik.

Artikel berkaitan: Vaksin COVID-19: 8 Rakyat Malaysia Fail Saman RM60 Juta Terhadap 25 Defendan Termasuk KKM & WHO

Artikel berkaitan: KPM Mohon Maaf Atas Kecuaian Papar Jalur Gemilang Yang Salah

Christina Carolina, 60, selaku plaintif memfailkan saman itu pada pada 20 November 2020, terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Dang Wangi Asisten Superitendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Saman itu berhubung dakwaan melanggar kewajipan statutori dan cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya.

99415bc7ed3a88ba997363586ac7dd01

Dalam penyataan tuntutan itu, Ivana Esther yang ketika itu berusia 18 tahun ditemukan maut di tingkat enam Cap Square Residence pada 7 Disember 2017, selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.

Pada 18 Mac 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Ivana disebabkan misadventure (kematian akibat nahas).

Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Koroner, ibu mendiang mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

Pada 22 November 2019, Hakim Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan kes itu sebagai ‘insiden malang’ dan menggantikannya dengan ‘kematian yang disebabkan seorang individu atau beberapa individu yang tidak dikenali’.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.