Niat nak meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dan menangkap beberapa orang penjenayah dikehendaki, tapi, informasi tak cukup pulak.
Itulah apa yang berlaku pada pasukan polis di Santa Marta, Colombia, apabila mereka dikecam ramai kerana mengeluarkan poster penjenayah penjenayah dikehendaki tanpa gambar dan hanya menggunakan nama samaran sahaja.
Oddity Central melaporkan, Balai Polis Santa Marta telah mengeluarkan satu poster yang memaparkan 12 orang penjenayah yang merupakan ahli kumpulan kartel dadah ‘Los Pachenca’.
Poster yang turut menyeru orang ramai memberikan kerjasama itu bagaimanapun, tidak mendedahkan walau satu pun wajah penjenayah yang dicari. Malah, nama yang didedahkan pula hanyalah nama samaran.
“Adalah amat penting untuk penduduk membantu kami (polis) untuk mengesan mereka ini yang telah menjejaskan kehidupan ramai rakyat. Ganjaran menanti sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat yang boleh membantu kami mengenal pasti mereka,” tulisnya.
Poster terbabit telah mendapat perhatian netizen Colombia yang kemudiannya telah memuat naik poster berkenaan ke laman sosial. Hasilnya, ramai yang mengkritik teruk tindakan polis negara itu. Malah, ada juga yang menduga informasi penjenayah mungkin sengaja tak didedahkan kerana ada unsur campur tangan asing.
“Kalau tengok dari poster ni, semua nampak sama je,” gurau seorang pengguna.
“Bagus betul kerja badan penyiasatan polis Colombia ni. Gambar penjenayah mesti tak letak sebab takut gaji kena potong,” kata yang lain pula.
Dalam pada itu, selepas menerima pelbagai kecaman, poster berkenaan difahamkan sudah diturunkan.
Sumber: Oddity Central
Baca: Pekerja di Colombia Bakal Diberikan Cuti 2 Hari Jika Haiwan Peliharaan Mati