in

Polis Buru Pemandu Toyota Vios Guna Laluan Motosikal Di Lebuhraya Persekutuan

Untitled collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehadiran motosikal di laluan-laluan besar kadangkala menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna lebuhraya lain, kerana umum tahu — penunggang motosikal lebih terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan bertali arus.

Untuk mengatasi masalah itu, lorong motosikal diwujudkan. Ia adalah satu laluan kecil yang dikhaskan buat pengguna motosikal, bagi mengasingkan motosikal daripada aliran utama kenderaan di lebuh raya.


Tapi, macam mana pula kalau laluan motosikal itu digunakan oleh pemandu kenderaan empat roda? Tak cukup dengan insiden-insiden memandu melawan arus, kita kini berdepan dengan lagi satu keanehan rakyat Malaysia — iaitu memandu kereta di lorong motosikal.

Kejadian itu dirakam mangsa selepas motosikal ditunggangnya terbabas, ketika cuba mengelak daripada melanggar kereta yang melawan arus itu.

https://www.facebook.com/cingkok.pusong/videos/pcb.781901699248010/220109329477556/?type=3&theater&ifg=1

 

Menurut laporan Harian Metro hari ini, video dirakam mangsa jelas menunjukkan pemandu kereta melawan arus di laluan motosikal secara tiba-tiba keluar dari terowong dan seterusnya menyebabkan penunggang terbabit hilang kawalan lalu terlanggar tembok.

Pemandu kereta tersebut bagaimanapun meneruskan perjalanan. Susulan itu, polis kini sedang memburu pemandu atau pemilik kereta berkenaan bagi membantu siasatan. Berdasarkan siasatan awal, nombor plat kereta tersebut didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Sarawak.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Sarjan Shamsul Kamal atau Asisten Superintendan Khairul Naim di talian 03-20719999.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Baca: “Acah power nak potong semua orang” – Pemandu Bezza Dikecam, Memotong Di Laluan Sempit Hingga Sebabkan Kemalangan

Capture 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.