Tidak dapat dinafikan, rakyat Malaysia sangat suka dengan hiburan-hiburan yang berunsurkan seram seperti rumah hantu atau filem-filem seram, dan antara tarikan seram terbaru yang dijalankan di Rembau, Negeri Sembilan ialah ‘Misteri Trak Kuning’.
Tarikan itu membolehkan pengunjung duduk di bahagian belakang trak pick up sebelum ‘diganggu’ oleh hantu-hantu di sana.
Pun begitu, tarikan unik tersebut telah pun diarahkan untuk ditutup kerana terdapat aduan daripada penduduk sekitar yang terganggu dengan jeritan pengunjung-pengunjung yang datang ke taman itu.
Menurut laporan FMT, Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata, polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan itu antara 9 malam hingga 1 pagi.
“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka,” katanya.
Dalam laman Instagram rasmi Misteri Trak Kuning, pihak penganjurnya telah memberikan kenyataan berkaitan penutupan taman tersebut.
https://www.instagram.com/p/Cimjer9Li6d/
Dalam kenyataan video tersebut, penganjur taman Misteri Trak Kuning meluahkan rasa tidak puas hati tetapi masih akur dengan arahan pihak berkuasa.
Min tak sempat pergi dah tutup, harap dibuka semula…
Baca: “First in Malaysia!” – [VIDEO] Netizen Teruja Dah Ada ‘Haunted Drive Thru’ Di Melaka!