in

“Cantiknya Tawau!” – Netizen Kagum, Pokok Tecoma Berbunga Meriah Macam Pohon Sakura Di Jepun!

Tecoma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Macam dekat Jepun!,” itulah komen netizen setelah melihat hantaran yang menunjukkan pokok Tecoma yang berbunga meriah seperti dikongsikan oleh 8hannels di laman Facebook.

Setiap tahun, terutamanya pada musim panas, pasti pohon Tecoma atau juga dikenali sebagai ‘Sakura Malaysia’ ini akan membuat kemunculan semula.


Pemandangan indah yang bermusim ini juga telah menjadi umpama satu tarikan bagi rakyat Malaysia.

“Musim Bunga “Sakura Tawau”. Orang Tawau ada port baru untuk OOTD ni. Feeling-feeling sikit macam di Jepun!”

Kepada yang teringin untuk melihat keindahan bunga Tecoma ini, bolehlah cuci mata dengan gambar yang dikongsikan oleh 8hannels di bawah!

Pokok Tecoma

Pokok Tecoma

Artikel berkaitan: “Dah macam bunga sakura kat Jepun, cantik weii” – Viral! Netizen Kongsi Gambar ‘Musim Bunga’ Di Malaysia

Artikel berkaitan: “Siap hantar sejambak bunga lagi” – Pembaca Berita Wanita Dikatakan Bercinta Dengan Pengkid?

Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, pokok Tecoma atau turut dikenali dengan nama pokok kertas tisu atau pokok terumpit ini dikatakan berasal dari selatan Mexico.

Dalam bahasa Inggeris, pokok ini dipanggil Pink trumpet tree, Pink poui, Pink tecoma atau Rosy trumpet tree manakala nama saintifiknya adalah Tabebuia rosea dari family Bignoniaceae.

Tecoma
Gambar hiasan.

Pokok ini tumbuh pada ketinggian 1200 meter paras laut dalam suhu di antara purata 20°C hingga 30°C di kawasan yang menerima hujan tahunan melebihi 500 milimeter.

Fenomena cuaca panas dan kering pada bulan Februari dan Mac yang lalu secara umumnya telah menyebabkan pokok tecoma ini berbunga kerana sifatnya yang memerlukan cuaca sedemikian untuk menggalakkan proses pendebungaan.

Di Malaysia, pokok kertas tisu banyak ditanam sebagai tanaman landskap taman atau penghias sepanjang jalan atau dalam kawasan bandaraya kerana bentuk konopinya yang sesuai dijadikan sebagai pokok lindungan.

Warna bunganya yang pelbagai menjadikan tanaman ini sering ditanam sebagai tanaman hiasan yang menarik apatah lagi ketika musim bunga.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.