Selalunya apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri, Perdana Menteri akan mengadakan rumah terbuka kepada rakyat Malaysia dan selalunya ia akan diadakan di Kompleks Seri Perdana. Bagaimanapun, berbeza dengan kali ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menganjurkannya di situ pada tahun ini.
Bagaimanapun, buat julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI akan diadakan di 3 buah negeri lain iaitu…
Kedah, Kelantan dan Terengganu
Ia adalah kerjasama Kerajaan Negeri selaku tuan rumah selain kementerian peneraju turut dilantik bagi membantu pelaksanaan program.
Program ini akan dihadiri oleh PMX sebagai tetamu jemputan utama, ia bertujuan bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang akan berkunjung ke majlis itu.
Dalam pada itu, Menteri Besar atau Ketua Menteri juga akan dijemput selain ahli jemaah menteri persekutuan.. Dalam satu kenyataan, dianggarkan program di Kedah akan diangkat sebagai berstatus nasional dengan jumlah anggaran 25,000 orang yang hadir.
Manakala, sasaran di negeri-negeri lain pula ada seramai 15, 000 orang. Berikut merupakan lokasi dan waktu:
Kedah
Tarikh : 28 April 2023 (Sabtu)
Waktu : 10 pagi hingga 2 petang
Lokasi : Hotel Raia, Alor Setar
Peneraju : Kementerian Dalam Negeri
Kelantan
Tarikh : 12 Mei 2023 (Sabtu)
Waktu : 7 petang hingga 10.30 malam
Lokasi : Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke -IV
Peneraju : Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim
Terengganu
Tarikh : 13 Mei 2023 (Ahad)
Waktu : 7 petang hingga 10.30 malam
Lokasi : Dewan Al-Mukhafi Billah Shah, UNISZA
Peneraju : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup
Selain itu, terdapat juga 3 lagi Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan dihadiri oleh PMX dan dilaksanakan Kerajaan Negeri masing-masing iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.