in

PMX Mengislamkan Saudara Baharu Di Masjid Klang

1Pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berbangsa India telah selamat memeluk agama selepas Solat Jumaat semalam. Majlis serba ringkas itu telah dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kebetulan berada di sana.

Memetik laporan Astro Awani, Anwar mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban. Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.


Screenshot 2023 08 19 At 11.46.53 Am

Video upacara ringkas itu boleh dilihat di bawah.

 

Turut hadir sama ketika di Solat Jumaat,  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

 

Baca: “Alamak dia datang pulak”- Gelagat PMX Bertegur Sapa Dengan Rakyat Buat Ramai Terhibur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.