in

PMX Akan Hadir Letak Batu Asas Masjid Madani Di Jalan Masjid India Khamis Ini

anwar ibrahim pmx masjid madani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan majlis pecah tanah bagi pembinaan masjid di Jalan Masjid India akan tetap diteruskan seperti yang dirancang.

Jelas Anwar, beliau sendiri akan hadir ke tapak berkenaan bagi meletakkan batu asas sebagai tanda pembinaan Masjid Madani di tanah wakaf berkenaan pada Khamis ini.


Artikel berkaitan: “Perbanyakkan mesej perpaduan” – PMX Nasihat Trio Penyampai Radio Era FM

“Masjid di kawasan berdekatan kini sudah sesak dan perlu adanya tempat baharu. Jadi sebab itu saya akan teruskan meletakkan batu asas masjid pada 27 hari bulan ini (Khamis).

“Saya minta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), syarikat berkenaan, DBKL.. semua itu diminta sederhana, sopan dan bincang dengan baik.

“Jawatankuasa kuil saya sebut begitu juga, bincang dengan baik. Kami ini rakan dan sahabat dan jangan dambakan kami sebagai orang zalim dan jangan dengar penghasut,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

484898404 1230109635137268 8809735948824741175 n

Sebelum ini, Anwar berkata tanah berkenaan bukan milik kerajaan, sebaliknya milik syarikat swasta sejak 2012 dan pemiliknya memutuskan untuk membangunkan masjid di lokasi itu.

Jelas Anwar, keperluan membina sebuah masjid di sana dibuat berikutan keadaan surau dan masjid di sekitarnya sudah padat, yang mana kebenaran pembinaannya juga sudah diperoleh sejak 2019.

download 4 1

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL) Zaid Malek mendakwa kenyataan Anwar mahu merasmikan majlis pecah tanah itu dibuat secara tergesa-gesa kerana perbincangan mengenai isu kuil yang berada di situ masih belum dimuktamadkan.

Pada 20 Mac lalu, media melaporkan proses perbincangan mengenai perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Jakel Group berjalan dengan harmoni di antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.