Sebagai salah satu daripada usaha berterusan Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM), mereka telah melancarkan peranti terbaharu yang lebih inovatif dikenali sebagai IQOS ILUMA pada November 2023 dan secara tidak langsung ia membawakan era baharu bebas asap rokok ke negara ini.
Dengan Smartcore Induction System dan Terea Smartcore Stick, IQOS ILUMA tersebut akan menghasilkan wap tembakau yang konsisten tanpa bau yang kurang menyenangkan dan tidak menghasilkan abu. Dalam masa yang sama, dengan teknologi tanpa bilah, peranti ini tidak perlu dibersihkan kerana tiada sisa tembakau akan terhasil berbanding dengan peranti sebelum ini.
Berbanding dengan peranti sebelum ini, IQOS ILUMA mampu mengurangkan sehingga 95 peratus bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional kerana tiada pembakaran tembakau berlaku.
Terbaharu, PMI telah melancarkan IQOS ILUMA Neon Purple yang merupakan edisi terhad dalam satu roadshow yang telah diadakan di The Starhill, Kuala Lumpur.
Dalam acara berkenaan, pengunjung boleh mempelajari lebih lanjut tentang inovasi bebas asap melalui pameran interaktif yang diadakan, sesi penerangan oleh IQOS dan para pengguna boleh juga menghias serta menempa nama secara PERCUMA pada peranti mereka.
Terdahulu, koleksi yang menampilkan warna ungu terang, magenta dan biru ini telah dinobatkan sebagai pemenang Red Dot Design Award dalam kategori rekabentuk produk pada tahun 2022 dengan estetik dan warna yang berani tersebut.
Koleksi IQOS ILUMA Edisi Terhad Neon Purple tersedia untuk IQOS ILUMA PRIME, IQOS ILUMA dan IQOS ILUMA ONE, bermula pada harga RM199 dan boleh didapati di Pusat Sah IQOS seluruh negara dan IQOS.com.