Baru-baru ini, tular satu foto memperlihatkan tiga sekeluarga menaiki motosikal termasuk bayi yang dilengkapi dengan alat bantuan pernafasan di media sosial. Foto ini telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai keluarga berkenaan.
Artikel berkaitan : Pamer Solidariti Untuk Palestin, Anak Bongsu PMX Hadir Konvokesyen Di New York Pakai Keffiyeh
Artikel berkaitan : Pemuda Kongsi Kisah Peroleh 8A SPM, Jawab Peperiksaan Di Hospital Sewaktu Kemoterapi
“Mohon sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen di bawah agar kami dapat menghubungi mereka.”
“Hal ini mendapat perhatian Perdana Menteri dan insya-Allah pihak kami akan membantu keluarga ini untuk menambah baik kehidupan seharian mereka.”
Bagaimanapun, menerusi Buletin TV3, semakan di Facebook mendapati bahawa pasangan tersebut dikhabarkan tinggal di Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah. Difahamkan, si bapa yang bekerja sebagai nelayan itu menerima upah harian.
Semoga keluarga ini dapat ditemui agar dapat memudahkan urusan harian mereka dan semoga bayi itu terus kuat. Amin.
Sumber : Buletin TV3