Baru-baru ini viral di Facebook di mana seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran membuat hebahan dengan nada yang tegas sehinggakan penduduk kawasan perumahan lari bertempiaran bila dengar nada tersebut.
Glynn Dexter, 27 mengatakan sudah tiba masanya orang ramai mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan kerana jumlah pesakit semakin meningkat. Dia tak kisah sekiranya tindakannya itu mendapat kecaman daripada orang ramai kerana dah sepatutnya rakyat Malaysia sedar tentang bahayanya wabak ini, lapor Harian Metro.
Baginya, dah menjadi tanggungjawab dan amanah yang dipikul untuk memberi kesedaran lebih dan memastikan orang ramai peka terhadap wabak Covid-19 ini
“Biar ada yang mengecam nada saya keras dan tegas ketika melakukan hebahan kerana apa yang penting masyarakat patuh dengan arahan kerajaan”
Namun tindakannya bukan mengundang kecaman malah mendapat respon positif daripada netizen sampai ada yang suggest suruh buat macam negara India dengan merotan sesiapa je yang kelihatan berkumpul ramai-ramai di luar rumah.
Please rembat dengan rotan
Memang patut pun dia maki
Kalau ada yang kecam memang spesis tak dengar kata
Kena tegas sikit nak bagi kesedaran dengan orang yang masih tak faham arahan kerajaan ni.