in

Pinjam Duit Nenek Nak Buat Bisnes Aiskrim, Ini Kisah Bagaimana Pengasas Mixue Bangunkan Perniagaan

ft mixue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita lihat di luar sana, banyak betul gerai minuman yang sedang menjadi kegilaan orang ramai, antaranya Mixue, selain menu aiskrim dan minuman yang sedap, harganya yang murah juga membuatkan minuman ini menjadi pilihan orang ramai.

Jika diperhatikan, banyak juga cawangan Mixue ini di merata tempat, pasti kita akan anggap bahawa owner ni kaya dan sangat berjaya, kan?


Semestinya! Namun ada kisah inspirasi bagaimana pengasas Mixue, Zhang Hongchao tubuhkan bisnes ini dan dia sebenarnya bermula sebagai seorang pekerja bengkel motor.

Artikel berkaitan : Suami Kerja Sebagai Badut Tanggung Keluarga, Kisah Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Sebak

Artikel berkaitan : “Dia bawa pulang 2 emas” – Kisah Lee Zii Jia & Bangmed Patut Jadi Inspirasi

Zhang Hongchao merupakan seorang lelaki yang berasal dari Henan, China dan lahir pada tahun 1978. Keluarganya bukanlah orang senang, dia pernah bekerja sebagai petani dan pekerja bengkel motor.

Disebabkan itu, apabila beliau mula melangkah ke alam universiti, Hongchao mengalami masalah kewangan untuk tampung pembelajarannya. Dengan pilihan yang terhad beliau meminjam duit daripada neneknya untuk bantuan.


Neneknya memberikan pinjaman kepadanya sebanyak 3,000 RMB (RM 1,800), duit itu beliau gunakan untuk membuat perniagaan kecil iaitu warung ais kepal. Dengan kebolehannya, dia membina sendiri mesin ais parut tersebut. Di samping itu, dekat warungnya hanya ada mesin pembeku, beberapa kerusi dan meja lipat sahaja.

Beliau menjual menu simple iaitu ais kepal, ais krim dan smoothies. Namun begitu, langit tak selalu cerah, memandangkan dia tinggal di negara yang mempunyai musim salji, perniagaannya merundum seketika dan dia terpaksa membuat satu keputusan yang sukar dalam hidup iaitu tutup kedai.

Bagaimanapun, Zhang Hongchao tidak patah seemangat, beliau membina semula perniagaan baru pada tahun 1999 yang dikenali sebagai, Mixue Bingcheng yang membawa maksud ‘istana salji’.

Pun begitu, perjalanannya tidak begitu lancar apabila China mengalami pembangunan pesat dan banyak kawasan telah dirobohkan untuk pembangunan baharu. Beliau tidak begitu bernasib baik kerana di mana sahaja dia membuka kedainya, bangunan itu terpaksa dirobohkan.

Beliau terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat lain. Pada masa yang sama, Zhang Hangchao juga bertindak dengan menjual aiskrim berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik untuk semua orang.

Dia menetapkan harganya pada hanya 1 RMB (70 sen) apabila yang lain dijual pada harga 10 RMB (RM 6.70). Biarpun, ia adalah satu langkah yang agak berisiko, ia mebuahkan hasil.

Dari situ pelanggan mula beratur panjang dan perniagaannya mula berkembang serta mula membuka cawangan di tempat lain. Pada tahun 2018, Mixue telah meluaskan empayarnya di Asia Tenggara iaitu di Vietnam. Pada tahun 2022, Mixue mula memperluaskan cawangan mereka ke Malaysia.

Antara yang menjadi tarikan seperti jus lemon dijual dengan harga RM 3, teh susu dijual dengan harga RM 6 dan aiskrim dijual dengan harga RM 2. Menurut sumber, yuran royalti francais dicaj bermula dari RM14,000/tahun sahaja manakala cawangan minuman yang lain mengenakan bayaran 10 kali ganda.

Sekarang ini, Mixue telah menjadi rangkaian F&B terbesar di dunia mengikut bilangan kedai. Berdasarkan perkongsian sumber, data terkini menunjukkan terdapat 45,302 kedai Mixue setakat 30 September 2024 ia telah menandingi restoran makanan segera terkemuka yang mempunyai 43,000 cawangan dan kedai kopi terkenal yang berjumlah 40,199 cawangan.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.