in

Pikul Basikal Sambil Redah Banjir, Atlet Ironman Langkawi Berdepan ‘Cabaran’ Baru

1ironman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Ironman bukan boleh dilakukan oleh semua orang. Acara ketahanan fizikal dengan tiga disiplin iaitu berenang, berbasikal dan berlari sangat menguji mental dan fizikal atlet yang menyertainya.

Semalam telah dilangsungkan Kejohanan Ironman yang bertempat di Pulau Langkawi, Kedah. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, para atlet terpaksa menempuh ‘cabaran’ baharu iaitu banjir. Korang boleh tengok video yang dikongsi oleh Syarifah Zanariah Syed Zaki di Facebook.


https://www.facebook.com/syarifah.zanariah/videos/5549439865135190

Memetik laporan Astro Awani, beberapa atlet telah berkongsi pengalaman terpaksa meredah banjir bagi menamatkan cabaran Ironman Langkawi, antaranya Andy Wibowo dari Indonesia. Beliau berkata disiplin berbasikal adalah kekurangannya dan menjadi lebih sukar apabila beliau terpaksa mengayuh dalam keadaan banjir.

Atlet Ironman yang berasal dari Kanada, April Rice pula berkata beliau sudah terbiasa dengan keadaan cuaca tidak menentu ini kerana menetap di Singapura. Namun beliau mengakui berdepan dengan sedikit kesulitan semasa berbasikal kerana air banjir naik sehingga paras lutut dibeberapa checkpoint laluan Ironman.

 

Baca: Baru Nak Buat Lamaran ‘Sweet’, Kaki Atlet Tiba-tiba ‘Cramp’ Sampai Kawan Kena Tolong Urut

Screenshot 2022 11 06 at 11.04.44 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.