in

Pihak UPSI Nak Tanggung Kos Hantar Jenazah Nur Farah Kartini Ke Sarawak

Ft Upsi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan hasrat untuk membantu urusan penghantaran jenazah Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah ke Miri, Sarawak.

Wakil pihak UPSI yang enggan mendedahkan pengenalan diri berkata, pihak pengurusan universiti akan menanggung segala kos pengurusan dan penghantaran jenazah.


Artikel berkaitan : Kes Nur Farah Kartini: Polis Sahkan Suspek Sudah Berkhidmat 5 Tahun Dalam PDRM

Artikel berkaitan : Rakan Baik Nafi Nur Farah Kartini Hilang Ikut BF, Minta Netizen Henti Timbulkan Spekulasi

“Pihak pengurusan UPSI akan membantu meringankan bebanan keluarga mangsa menerusi sumbangan kos pengurusan penghantaran pulang jenazah arwah Nur Farah Kartini ke Miri, Sarawak.

“Bagaimanapun, perkara ini masih perlu menunggu keputusan daripada pihak waris sama ada akan dikebumikan di sini atau di Sarawak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini pada Selasa.

2728020

Nur Farah Kartini merupakan bekas pelajar UPSI yang cemerlang dengan memperoleh Purata Gred Nilai (GPA) 4.0.

Sebagai rujukan, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira jam 6 petang dan dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, seorang suspek yang disahkan sebagai anggota polis dipercayai teman lelaki mangsa direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.