in

Pihak Indah Water Buka Lurang Pembentungan Untuk Bantu Operasi SAR Mangsa Kejadian Tanah Jerlus

Indah Water

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa wanita warga asing yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di kawasan Masjid India, pihak Indah Water Konsortium atau IWK akan membuka lurang pembentungan.

Menurut Narendran Maniam iaitu Ketua Pegawai Eksekutif IWK, pihak Indah Water akan membuka setiap lurang pembentungan di sepanjang 7 kilometer jajaran saluran pembentungan hingga ke loji rawatan kumbahan Indah Water yang terletak di Pantai Dalam, lapor Berita Harian.


3 2

Pihak IWK juga akan ke hilir dan membuka setiap lurang pembentungan.

Difahamkan, pihak mereka juga telah membuka lurang itu sejak semalam namun setakat ini masih belum menemui apa-apa.

Artikel Berkaitan: “Hanya selipar mangsa yang ditemui setakat ini ” Operasi SAR Akan Disambung Semula Pagi Ini Lepas Ditangguh Akibat Hujan Lebat

Artikel Berkaitan: “Pencarian hampir 7 jam” – Rakaman CCTV Tunjuk Kejadian Wanita Terjerlus Di Jalan Masjid India

Lurang-lurang pembentungan itu dibuka untuk memudahkan kerja-kerja mengesan mangsa yang terjatuh itu kerana difahamkan, saluran pembentungan berkeluasan 1.5 meter dengan diameter lebih tiga meter, jadi fizikal manusia boleh dihanyutkan ke dalam saluran pembentungan itu.

Untuk pengetahuan semua juga, saluran kumbahan tersebut merupakan paip bersaiz besar memandangkan ia adalah untuk menampung seluruh kumbahan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.

Sama-sama kita doakan agar operasi mencari dan menyelamat dipermudahkan pada hari ini. 

4 5

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.