in

Petinju Rusia Nyaris Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Rai Kemenangan

8tinju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang petinju profesional dari Rusia, Ivan Parshikov, berdepan detik mencemaskan apabila terkena renjatan elektrik sejurus selepas memenangi pertarungan dalam acara Weed Boxing di Thailand baru-baru ini.

Screenshot 2025 06 29 at 11.42.44 AM

Parshikov, 29, yang juga bekas bintang seni bela diri ONE Championship, ketika itu sedang meraikan kemenangan di atas gelanggang dengan penuh semangat. Namun kegembiraan itu bertukar ngeri apabila dia cuba memanjat tali gelanggang dan mencapai lampu di tepinya. Tanpa disangkanya, ia menyebabkan seluruh tubuhnya kaku akibat renjatan elektrik.


Memetik laporan Harian Metro, Parshikov terjatuh ke atas kanvas sebelum sempat meneruskan lompatan ke dalam kolam air yang mengelilingi gelanggang berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada gaya sambutan kemenangan acara tersebut.

Screenshot 2025 06 29 at 11.42.58 AM

Petinju yang memiliki rekod profesional 16 kemenangan dan lima kekalahan itu bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius. Dia diberikan rawatan segera dan kemudian memuat naik semula rakaman kejadian ke akaun Instagramnya.

Penganjur acara belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung aspek keselamatan gelanggang terbabit.

 

Baca: DMA Islam Luny*i, Tewas Di Tangan Abang Koroy Dalam Pertandingan Tinju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.