Seorang petani di Kirugavalu, sebuah perkampungan di daerah Selatan India berjaya menarik perhatian ramai apabila ladang miliknya mampu menghasilkan lebih daripada 119 jenis mangga.
Menurut sumber, ladang petani yang dikenali sebagai Syed Ghani Khan ini turut menempatkan pokok-pokok yang sudah berusia lebih dari 200 tahun.
Lebih mengagumkan, hasil tanaman turut diberikan kepada istana Mysore kerana sejarah mereka yang panjang dan rasa buah yang dihasilkan begitu unik.
Menurut Khan, ladang tersebut telah diwarisi dan dipelihara oleh tujuh keturunan dan digelar sebagai ‘bada bagh’ yang bermaksud taman besar.
Uniknya di sini, mangga yang dihasilkan adalah unik dari segi bentuk dan rasa. Jelas Khan, ada mangga yang mempunyai rasa seperti pisang, dan ada juga yang memiliki rasa seperti limau manis.
Bentuk yang dihasilkan juga unik kerana sesetengahnya berbentuk seperti buah epal.
Pokok mangga di situ juga mempunyai keupayaan untuk menghasilkan buah tanpa mengira musim, meskipun terdapat perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu. Ada varian berbuah pada awal bulan Februari, manakala ada juga yang berbuah pada akhir Ogos.
Buah mangga di ladang ini turut diberikan kepada Institut Penyelidikan Hortikultur India untuk tujuan kajian. Menurut institut ini, buah mangga yang dihasilkan adalah unik dan tidak ditanam di tempat lain.
Kredit: The National News
BACA: Isteri Mengidam, Posmen Tulis Atas Parcel Pelanggan Minta Mangga Untuk Isteri Yang Sarat Mengandung