Lagu-lagu famous dan sedap didengari sama ada lokal atau antarabangsa pastinya menjadi siulan ramai. Bukan tu je, ada juga penyanyi yang hebat dan terkenal berlumba-lumba untuk cover lagu-lagu tu yang kebanyakannya korang boleh tengok dekat platform YouTube.
Tak kurang juga, ada beberapa peserta pertandingan nyanyian seperti Gegar Vaganza dan Big Stage turut memilih lagu favourite dorang untuk dipersembahkan atas pentas.
Ini termasuklah sorang peserta pertandingan X Factor Indonesia 2024 yang mendendangkan lagu Nirmala iaitu nyanyian asal penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza.
Datang audition X-factor indonesia nyanyi lagu Nirmala @CTNurhaliza11
Suara dia, maai…🤣 pic.twitter.com/VpQFMWnp9L
— Mas jep (@jeffrazi) January 10, 2024
Artikel berkaitan: “Alahai, budak-budak kot” – [VIDEO] Netizen Tak Setuju Mas Idayu Tengking Peserta Nyanyian Kanak-kanak
Artikel berkaitan: “Memalukan” – Tak ‘Respect’ Peserta Dari Korea, Pengacara Big Stage Dikecam Netizen?
Peserta yang bernama, Dwi Astria itu berumur 22 tahun dan merupakan seorang mahasiswa dalam bidang kesihatan. Walaupun bercita-cita ingin bekerja dalam bidang tersebut namun, dia masuk ke pertandingan ni demi mengikuti jejak langkah arwah ibunya yang juga merupakan seorang penyanyi.
Apa yang membanggakan, dia memilih lagu TokTi itu untuk dinyanyikan di hadapan barisan juri popular negara tersebut iaitu BCL, Judika, Vivi Aldiano dan Ello.
Ketika nyanyian, kelihatan para juri dan penonton terpegun dan kagum dengan kemerduan suara Dwi sehingga mendapat empat ‘Yes‘ dari kesemua juri tersebut dan mara ke peringkat seterusnya.
Namun begitu, ada pula dalam kalangan netizen Malaysia di X yang komen nyanyian dari Dwi tu hanyalah biasa dan tak sedap. Malah, ada juga yang kata dia merosakkan lagu TokTi.
“Sorry tak sedap.”
“Belum cukup lembut.”
“Tak sedap, level-level try hard nak nyanyi lagu Siti.”
Akan tetapi, beza pula pendapat di YouTube apabila rata-ratanya approve serta memuji cubaan Dwi yang berjaya membawa lagu yang dianggap sukar tu dengan baik.
Apa-apa pun min tetap bangga Dwi nyanyi lagu Malaysia!