in

Peserta Perhimpunan Aman TURUN Banjiri Kuala Lumpur, Ini 5 Tuntutan Mereka

cats 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada sekitar jam 2 petang tadi, Kuala Lumpur dibanjiri oleh peserta demonstrasi aman TURUN yang mula berkumpul di sekitar pusat beli-belah Sogo. Difahamkan, lebih 300 peserta menghadiri demonstrasi ini yang turut disertai beberapa nama besar dalam dunia politik.

Demonstrasi TURUN yang berjalan pada hari ini dimulakan di sekitar Sogo, dan peserta akan berarak ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun, sumber melaporkan laluan ke Dataran Merdeka telah ditutup oleh pihak polis untuk tujuan keselamatan.


Dalam gambar dan video yang dikongsi menerusi media sosial, rata-rata peserta turun membawa plakad dan melaungkan lima tuntutan mereka terhadap kerajaan.

Perhimpunan secara aman ini turut memperlihatkan beberapa sosok dari parti politik AMANAH dan MUDA memberi ucapan kepada peserta yang hadir.

Berdasarkan poster yang disebarkan, demonstrasi TURUN adalah bertujuan untuk menuntut kerajaan agar memotong gaji menteri, mengekalkan subsidi, memberi bantuan bermaruah, mengawal harga barang dan menyelesaikan jaminan makanan.

Untuk rekod, demonstrasi TURUN berakhir sekitar jam 3 petang secara aman dan tiada pertelingkahan yang dilaporkan berlaku.

BACA: Kenaikan Harga Barang, Pengarah KPDNHEP Melaka Minta Rakyat Kurangkan Makan Telur

cats 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.