in

Pesawat Awam Israel Kini Dibenarkan Mendarat Dan Melintasi Ruang Udara Arab Saudi

israel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan antara Arab Saudi dan Israel hangat diperkatakan sejak tahun 2020 apabila selepas kedua-dua negara berunding untuk menjalinkan hubungan diplomatik secara penuh pada bila-bila masa sahaja.

Meskipun hubungan antara dua negara masih belum rasmi, baru-baru ini Arab Saudi tersebut telah menarik semula sekatan ruang udara untuk Israel bermula hari ini.


Menurut Reuters, keputusan itu dibuat dan dirangka semasa kunjungan Joe Biden ke Jordan dalam usaha memudahkan urusan antara dua negara.

Buka ruang udara sebab nak elak diskriminasi

AAZB1Ng 1

 

Kalau korang nak tahu, keputusan ini dilakukan mengikut nasihat oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Udara Saudi (GACA), selaras konvensyen antarabangsa yang menetapkan tiada diskriminasi antara semua pesawat di seluruh dunia.

Keputusan ini bakal melengkapkan usaha untuk menyatukan kedudukan kerajaan sebagai hab global dan memudahkan perjalanan udara antara Arab Saudi dengan Israel. Ia juga mampu mengurangkan kos bahan api pesawat.

Sebelum ini, pesawat Israel terpaksa skip ruang udara Arab Saudi dan terpaksa menggunakan jalan yang jauh untuk ke destinasi seperti Eropah dan Asia Tenggara.

Umat Islam di Israel dapat tunai umrah dan haji

F220408SK12

Pembukaan ruang udara antara Saudi Arabia dengan Israel telah diumumkan semalam cuma hari ini telah menjadi rasmi bahawa pesawat awam dari negara Israel akhirnya dapat melintasi malah mendarat di sempadan Arab Saudi.

Ia termasuk membenarkan penerbangan sewa terus bagi umat Islam dari Israel untuk menunaikan ibadah umrah dan haji di Makkah.

Apa pendapat korang?

Baca: UEFA Batal Perlawanan Rusia-Israel Kerana Keganasan Rusia Ke Atas Ukraine, Nasib Palestin Macam Mana?

Screenshot 2022 07 15 at 4.24.35 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.