in

Pesakit Trauma Doktor Didakwa Terpotong Pundi Kencing Sepanjang 7CM Ketika Pembedahan ‘Czer’

Syaz Ft 2024 08 20T131340.633

Apabila dimasukkan ke hospital, sudah pastinya kita ingin sembuh seperti sedia kala namun lain ceritanya bagi pesakit yang ingin melahirkan anak ini.

Seorang wanita berkongsi pengalaman ngeri di sebuah hospital ketika dia ingin melahirkan anaknya.

Artikel berkaitan: “Rasa macam dapat nyawa kembali” – Azizulhasni Awang Imbau Detik ‘Nyawa Di Hujung Tanduk’ Saat Jalani Pembedahan

Artikel berkaitan: “Fikiran terganggu” – ‘Doktor’ 14 Tahun Hospital Serdang Pernah Jalani Rawatan Psikiatri

Wanita tersebut terpaksa menjalani Pembedahan Caesarean (czer) kerana saiz bayinya besar (lebih 4kg), namun apa yang mengerikan ialah dia mendakwa doktor telah terpotong pundi kencingnya.

Cats 22

Dalam hantaran TikTok itu, wanita berkata kerana kecuaian doktor, dia terpaksa ditebuk di bahagian perut dan dipakaikan tiga tiub lalu terlantar di wad selama lebih dua minggu.

Malah, dia juga tidak dapat bertemu dengan bayi yang baru dilahirkannya itu susulan komplikasi yang dialaminya itu.

Dalam hantaran yang lain, wanita berkenaan memberitahu dia kini tidak boleh menahan untuk buang air kecil dan lebih kerap ke bilik air, dia juga berkongsi gambaran pundi kencingnya yang dipotong oleh doktor tersebut.

Clipboard5 Horz

Dalam pada itu, dia juga berkata oleh kerana keadaannya itu, dia mengalami kesukaran untuk bekerja memandangkan dia perlu ke tandas selalu.

Ketika artikel ini ditulis, masih belum ada lagi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib berhubung isu itu.

Apa-apapun kita doakan semoga wanita ini cepat sembuh dan mendapat keadilan yang sewajarnya atas apa yang terjadi. 

Sumber: TikTok (1)(2)